Tidak Perlu Lagi Muat Naik Keputusan Ujian Covid-19 & Status Kesihatan Dalam MySejahtera
Ia sebaliknya hanya akan dilaporkan pengamal perubatan melalui sistem eNotifikasi.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini memaklumkan keputusan ujian Covid-19 kini tidak perlu lagi dimuat naik ke aplikasi MySejahtera
Ia sebaliknya hanya akan dilaporkan pengamal perubatan melalui sistem eNotifikasi.
eNotifikasi adalah sistem yang diguna pakai KKM dan semua fasiliti kesihatan untuk memantau serta memaklumkan kes penyakit berjangkit di dalam negara.
Image via Berita Harian
Dalam satu kenyataan di Facebook, KKM memaklumkan perkara itu akan berkuat kuasa mulai 15 Julai 2024.
Menurut KKM, ujian pengesahan bagi Covid-19 hanya akan dilakukan melalui kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) profesional yang diselia atau dilakukan petugas kesihatan serta ujian tindak balas rantai polimerase (PCR).
"Ujian dilakukan bagi tujuan rawatan dan bukan untuk saringan," menurut KKM.
Garis Panduan Pengurusan Covid-19 terkini boleh diakses di laman sesawang https://covid-19.moh.gov.my/garis-panduan/garis-panduan-kkm.
Sebelum ini, KKM melaporkan individu yang positif Covid-19 akan dirawat sama seperti jangkitan saluran pernafasan lain dan tidak lagi diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau arahan kuarantin di rumah berkuat kuasa 15 Julai.
Mereka memaklumkan peraturan baharu itu turut terpakai kepada pemakaian pelitup muka, di mana individu disahkan positif Covid-19 hanya digalak memakai pelitup muka, meminimumkan interaksi sosial dan mengelakkan tempat sesak.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment