Tinggal 'Free' Sejak 2021, Penyewa Selamba Nak Cuba Jual Rumah Ini Terima Kecaman
Senang betul hidup dia.
Seperti yang kita tahu, harga rumah sekarang bukannya murah dan memerlukan modal yang tinggi
Disebabkan itu, ramai yang memilih untuk menyewa rumah kerana harga rumah yang mahal. Adalah lebih baik menyewa terlebih dahulu, mana tahu nanti ada rezeki boleh beli rumah sendiri betul tak?
Sebagai penyewa, kita perlulah bertanggungjawab dengan membayar sewa setiap bulan dan menjaganya rumah itu seperti rumah kita sendiri.
Namun, berbeza pula dengan seorang penyewa ini apabila hasratnya mahu menjual rumah yang sedang didiami telah mendapat kecaman ramai.
Lihat posting itu di bawah:
Image via Twitter
Selamba nak cuba jual rumah orang
Menerusi posting tersebut, seorang lelaki berkongsi tangkap layar hantaran seorang individu yang cuba mahu menjual rumah sewa yang didiaminya.
Difahamkan, individu berkenaan telah menetap lama di rumah sewa yang terletak di Rawang itu. Dia memberitahu pemilik rumah sudah lama tidak munculkan diri dan dia juga sudah lama tidak membayar sewa.
Oleh kerana itu, dia bertanyakan kepada ahli di dalam group berkenaan tentang bagaimana mahu menjual rumah tersebut.
Tindakannya itu mendapat kecaman daripada orang ramai kerana perbuatan itu dianggap melampau dan tidak bertanggungjawab.
Image via Harian Metro
"Wow. Tak sangka wujud orang macam ni" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka dengan situasi itu.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 4,456 repost, 607 quotes dan 6,202 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Macam manalah dia boleh rasa tak bersalah macam tu ya :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment