seismik

Tunggang Agama ‘Next Level’, Servis Urus Bangkai Kucing Ikut Cara Islam Jadi Perhatian

Sampai macam tu sekali.

Cover image via Twitter & Rileklah (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kucing adalah haiwan peliharaan dan kegemaran ramai kerana ia adalah haiwan yang jinak dan senang diurus

Mereka juga boleh menjadi peneman di kala kebosanan. Tambahan lagi, jika kita sudah bertahun-tahun hidup dengannya pasti rasa rindu. Haiwan juga sama seperti manusia, iaitu akan mati.

Seeloknya bangkai kucing ini ditanam bagi mengelakkan sebarang perkara atau dari segi pembersihan.

Namun, tular baru-baru ini apabila sebuah syarikat yang menawarkan khidmat pengebumian haiwan peliharaan telah mendapat perhatian ramai.

Lihat ciapan itu di bawah:

Image via Twitter

Pakej mencecah sehingga harga RM3,800

Menerusi ciapan tersebut, kelihatan seorang individu di Twitter berkongsi pakej mengebumikan bangkai kucing mengikut syariat Islam.

Perkhidmatan menguruskan bangkai haiwan itu bermula daripada RM2,100 hingga RM3,800 untuk pakej premium.

Malah, servis berkenaan turut lengkap dengan kafan, doa dan tapak kubur untuk haiwan peliharaan. Bagi pakej premium pula, mereka ada servis tambahan iaitu bacaan doa, majlis pengebumian, mandi jenazah, botol untuk bulu, gambar kenangan, patung tanah 3D dan video kenangan.

"Harap syarikat yang buat benda ni pergilah mengaji balik dan duduk istighfar"

"Kucing bukan makhluk mukallaf nak kena dimandi kafan tahlil talqin bagai. Ini dua dalam satu terus, tunggang kucing sekaligus tunggang agama. Parah," tulisnya

Gambar sekadar hiasan.

Image via Alona Pet House (Facebook)

"Ni business je semua ni. Asalkan duit masuk je" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengecam servis berkenaan dan memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, ciapan tersebut telah meraih 7,985 retweets, 1,123 quotes tweets dan 9,566 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter

Gila sampai harga macam itu. Macam-macam orang buat bisnes sekarang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: