Tinggi Dari Patung Jesus Di Brazil, Netizen Terkejut Tahu Saiz Patung Buddha Di Kelantan
Min pun baru tahu.
Seperti yang kita semua tahu, negeri Kelantan sangat terkenal dengan ajaran Islam yang subur dan ketat
Sesetengah orang akan datang ke negeri ini untuk mempelajari ilmu lebih mendalam tentang Islam di beberapa buah sekolah.
Namun, kecoh di Twitter apabila seorang individu memberitahu bahawa patung Buddha yang terletak di Kelantan sebenarnya adalah lebih tinggi daripada patung Jesus di Brazil.
Lihat ciapan itu di bawah:
Image via @Elill_E (Twitter)
Baru tahu patung itu jauh lebih tinggi dari patung di Brazil
Menerusi ciapan tersebut, kelihatan seorang individu berkongsi beberapa keping gambar yang menunjukkan saiz setiap patung terkenal di setiap negara.
Dapat dilihat, saiz patung Wat Phothikyan Phutthaktham yang terletak di Bachok, Kelantan adalah lebih tinggi dari patung Christ the Redeemer di Rio de Janeiro, Brazil.
Difahamkan, gambar yang diambil individu itu adalah daripada klip video di YouTube yang menyenaraikan patung tertinggi di dunia.
Lihat video penuh itu di bawah:
"Ni kalau gi kelantan dari jauh dah nampak" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pandangan dan reaksi mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, ciapan tersebut telah meraih 1,638 retweets, 139 quotes tweets dan 3,816 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Image via @Elill_E (Twitter)
Image via @Elill_E (Twitter)
Image via @Elill_E (Twitter)
Image via @Elill_E (Twitter)
Image via @Elill_E (Twitter)
Wow, tak sangka pula rupanya patung Buddha di Kelantan lebih besar ya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment