Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Lebih 7k 'Retweets', Wanita Ini Kongsi Tips Ambil Hati Mak Mentua Yang Paling Simple & Win

Confirm mak mentua sayang. :)

Cover image via Twitter @nurhaniniriani

Ramai yang menganggap bahawa kehidupan bersama keluarga mentua ini tidak seindah yang digambarkan. Bermacam jenis andaian dibuat oleh segelintir orang.

Namun, ianya terletak kepada diri masing-masing juga untuk menilainya. Lebih-lebih lagi mereka yang sudah lama mendirikan rumahtangga. Pasti lebih berpengalaman tentang perkara seperti ini.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Islamsih.blogspot.com

Paling penting sekali, untuk mengambil hati ibu mentua, kunci utamanya adalah dengan menjadi diri sendiri. Bagaimana? Hanya melalui pertuturan sahaja mereka dapat menilai anda. Bercakaplah tentang perkara yang baik-baik sahaja.

Jika tiada kata-kata baik yang perlu dibualkan, lebih baik berdiam sahaja dan hanya berbual tentang perkara yang penting. Bukan setakat itu sahaja, elakkan mengumpat atau berdebat dengan mereka.

Perkara itu boleh membuatkan anda dilabel sebagai suka melawan kata-kata orang yang lebih tua. Kan tidak manis.

Namun begitu, banyak lagi perkara yang perlu diketahui tentang cara mengambil hati keluarga mentua ini. Jangan risau, tak sesukar yang disangka pun. :)

Image via Tenor

Satu perkongsian bermanfaat telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter iaitu Nurhaniniriani tentang tips mengambil hati keluarga mentua atau bakal keluarga mentua bagi mereka yang masih belum berkahwin.

Tips ini juga telah meraih lebih 7k retweets ketika artikel ini ditulis.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Bagi pasangan yang masih belum mampu untuk berpindah keluar dari rumah keluarga, anda kena tahu apa yang sepatutnya dilakukan ketika berada di rumah keluarga mentua

Untuk menantu perempuan, paling penting sekali: JANGAN BANGUN LAMBAT. Pergi ke dapur dan tolong apa yang patut. Jangan melanguk je tak buat apa-apa ya.

Bukan setakat tolong memasak atau mengemas. Dah alang-alang anda meluangkan waktu bersama mentua, bolehlah ajak bersembang. Baru boleh kenali mereka lebih rapat.

Bukan setakat itu sahaja, bila menghadapi apa-apa masalah, jangan sesekali jadi pihak kedua atau 'batu api'. Bahaya. Selesaikan dengan baik.

Kalau nak puji mak mentua pun lebih bagus, tapi pastikan ikhlas dari hati. :)

Tips paling penting untuk anda praktik: Jangan sesekali update media sosial tentang masalah rumahtangga anda! Boleh cuba buat perkara di bawah ini:

Mudah sahaja bukan? Yang penting, jangan memperkecilkan hati keluarga mentua. Bukan sehari dua anda akan hidup bersama mereka, jadi jagalah hati mereka seperti mana anda menjaga hati keluarga anda.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Perkongsian menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Semoga membantu :)

Wah, menarik dan kreatif betul!

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment