[VIDEO] "Awak Nak Apa?" - Gelagat Remaja Ini Tiru Suara 'Abang Salleh' Raih Tawa Warganet
Sumpah sama.
Meniru suara watak animasi dan selebriti sudah menjadi trending hiburan masa kini
Iyalah, jika kita tonton di kaca televisyen dan media sosial. Pasti kita sering menonton gelagat pelawak yang meniru suara watak animasi dan selebriti sebagai hiburan betul tak?
Baru-baru ini, tular satu video berkenaan seorang remaja yang meniru gelagat dan suara watak Abang Salleh daripada siri animasi Upin dan Ipin.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sambil pegang payung, betul-betul in character
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @afifimusleh dI TikTok, lelaki berkenaan dilihat berjalan di tepi jalan sambil memegang payung.
Lebih menarik lagi, remaja itu dengan tiba-tiba menggunakan suara dan gaya percakapan seperti watak animasi Upin dan Ipin iaitu Abang Salleh yang melucukan.
Warganet juga turut terhibur dengan suara garau yang digunakan oleh lelaki berkenaan.
Image via @afifimusleh (TikTok)
Image via @afifimusleh (TikTok)
Image via @afifimusleh (TikTok)
"I remember this exact scene in Upin & Ipin, so hilarious!" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 685.3K tontonan, 94.6K tanda suka serta 1368 perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat pemuda tersebut.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @afifimusleh (TikTok)
Image via @afifimusleh (TikTok)
Image via @afifimusleh (TikTok)
Abang Salleh darkweb punya version :P
Image via TENOR
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment