"Terkejut" - Reaksi Lelaki Diganggu Rakannya Ketika Kawad Kaki Ini Raih Tumpuan Warganet
Hilang fokus terus.
Latihan kawad mampu meningkat latihan disiplin serta fokus seseorang
Jika kita pandang dari pelbagai sudut, semua badan organisasi ketenteraan dan persatuan di sekolah menjalankan aktiviti kawad bagi meningkatkan disiplin setiap ahlinya.
Baru-baru ini, tular satu video berkenaan seorang lelaki yang diganggu oleh rakan-rakannya ketika menjalankan sesi kawad telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh di bawah:
Sempat toleh bila kawan panggil masa tengah berjalan untuk lapor diri
Menerusi video yang dimuat naik oleh @nairobiii3 di TikToknya, lelaki berkenaan dilihat berjalan beramai-ramai ke tengah lapangan untuk persediaan kawad kaki.
Lebih menghiburkan, rakan-rakannya yang berada di kerumunan orang ramai sibuk mengusik memanggil namanya.
Di ruangan komen, warganet turut terhibur dan berbangga dengan pencapaian lelaki itu kerana berjaya menamatkan latihan Tentera Laut Diraja Malaysia.
Lihat video sambungan di bawah:
"Tak pasal-pasal member tertinggal train" - Netizen
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur dengan reaksi lelaki tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, vide berkenaan telah meraih 237.9 views, 13.5 likes dan 32 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!