"Kami Selamat" - TMJ Kongsi Detik Cemas Insiden Tembakan Yang Berlaku Di Siam Paragon
Insiden itu telah meragut dua nyawa.
Gempar semalam tentang insiden tembakan yang berlaku di pusat beli-belah Siam Paragon, Thailand
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkongsi detik cemas bersama pasukan keselamatannya terpaksa membuat perisai manusia untuk memastikan keselamatan keluarga.
Insiden tersebut merupakan serangan seorang suspek yang berumur 14 tahun melepaskan tembahan sehingga meragut dua nyawa dan mencederakan lima orang lagi.
Image via Berita Harian
"Orang ramai dari pusat beli-belah jerit dan berlari masuk ke dalam hotel" - TMJ
Ketika itu, Tunku Ismail sekeluarga dan pasukannya sedang duduk di lobi hotel. Tidak lama kemudian, mereka kedengaran bunyi tembakan dan orang ramai sedang panik berlari.
"Kami membawa kanak-kanak dan keluarga ke tempat yang selamat, berlari ke ruang bawah tanah bersama pasukan saya dan fikiran saya tertumpu kepada berapa ramai penembak di luar sana, apa senjata yang mereka gunakan dan apa situasinya.
"Kami perlu berjaga-jaga dan bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana yang kami tahu ketika itu hanyalah bunyi tembakan kedengaran.
"Kami tidak mempunyai maklumat lain dan perlu bersedia untuk apa-apa perkara yang boleh berlaku," katanya dalam hantaran menerusi Facebook rasmi, HRH Crown Prince of Johor.
Image via HRH Crown Prince of Johor
"Saya memberitahu anak-anak 'semuanya akan kembali okay. Babah dan mama ada di sini', dan menyuruh mereka tunduk sementara menunggu kenderaan tiba.
"Saya dan pasukan keselamatan kami berdiri di hadapan keluarga saya, membina perisai manusia untuk melindungi mereka walau apa pun berlaku.
"Apa yang difikirkan saya adalah untuk membawa keluarga dan pasukan saya keluar dari tempat itu. Isteri saya memeluk anak-anak kami, menundukkan diri dan cuba menenangkan mereka kerana mereka ketakutan dan menangis," katanya.
Walaupun mereka sekeluarga terlepas menonton perlawanan bola sepak JDT, Tunku Ismail bersyukur keluarga dan pasukannya selamat.
"Alhamdulillah, kami selamat. Terima kasih kepada pasukan keselamatan saya dan rakan-rakan kami dari Singapura dan Malaysia. Saya akan selamanya berterima kasih kepada anda semua," katanya.
Kini, pelaku telah pun ditangkap pada hari kejadian
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment