Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Tragedi Kebakaran Lima Beranak, Suami Masih Terngiang-Ngiang Jeritan Isteri Minta Tolong

Difahamkan, isteri dan empat anaknya maut dalam kebakaran kediaman mereka baru-baru ini.

Cover image via Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Suami dan bapa kepada lima mangsa tragedi kebakaran rumah di Berangan Enam, Umbai dilihat tidak dapat mengawal emosi sambil berkali-kali meminta maaf kepada ibu mertuanya

Menerusi laporan Sinar Harian, Muhammad Khairuddin Sa’ari, suami dan bapa kepada mangsa korban nahas tersebut meluahkan masih terbayang suara isteri memanggil meminta pertolongan.

"Saya dengar suara isteri panggil nama anak-anak, panggil Damia tapi keadaan kaki ini (bersimen) saya minta maaf mak.

"Sehingga saat ini masih terbayang-bayang keadaan isteri dan anak-anak yang berusaha keluar untuk menyelamatkan diri namun tidak berjaya," katanya.

Tambahnya, dia cuba masuk menyelamatkan isteri dan anak-anaknya selepas berjaya selamatkan diri namun dihalang penduduk kampung kerana api telah marak membakar rumah berkenaan.

Muhammad Khairuddin bersama ibu mertuanya, Ruziha Osman.

Image via Sinar Harian

Isteri yang terkorban sedang sarat mengandung lima bulan

Tragedi yang menyayat hati itu telah mengorbankan Laila Fathinah Mustapa, 37, dan empat anaknya, Nur Damia Batrisyia Abdullah,13, Izz Daffa Hafizuddin,7, Nur Dalilah Khadijah, 6, dan Izz Danish Fathi, 4.

Lebih menyedihkan, mangsa yang juga isteri kepada Muhammad Khairuddin dikatakan sedang mengandung lima bulan.

Insiden terbabit telah mendapat perhatian Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, menziarahi mangsa yang terselamat di Hospital Jasin.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment