Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Trend 'Tayang' Video TikTok Terpekik Dekat Murid, Lelaki Ini Bagi Teguran Pedas Buat Guru

"Macam jadi trend cikgu-cikgu. Kejar like and view" - Netizen.

Cover image via @farhaanrahmat (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sejak kebelakangan ini, aplikasi popular TikTok sudah banyak digunakan dalam kalangan guru sebagai medium untuk menyampaikan ilmu

Namun, baru-baru ini tular sebuah video rakaman seorang lelaki memberikan teguran pedas buat para guru khususnya wanita yang dilihat semakin mengikut trend mengajar secara 'terpekik' pada anak murid.

Lihat video penuh itu di bawah:

"Tak salah berTikTok tapi biar kena pada tempatnya. Sekadar teguran membina untuk guru-guru"

Menerusi video yang dimuat naik oleh Farhaan Rahmat, dia cuba menasihati buat segelintir para guru di luar sana yang semakin hari semakin aktif bermain TikTok.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah guru-guru itu terutamanya wanita sering memuat naik video mereka mengajar anak murid dengan cara yang kurang sesuai iaitu terpekik sana sini.

Image via @farhaanrahmat (TikTok)

"Saya pun tak faham apa benda yang nak ditunjukkan oleh guru-guru ni. Saya minta maaf kalau teguran saya agak mengguris hati mana-mana pihak"

"Saya bukan seorang guru, tapi saya malu jika content sebegini dipamerkan untuk tatapan ramai. Bagi saya, apa yang berlaku dalam kelas kekal dalam kelas. Kecuali kalau content-content yang kita nak mengajar dan kita yakin benda tu boleh bermanfaat untuk orang dekat luar jugak"

"Kalau setakat nak jual rupa, nak tunjuk hang segak, hang lawa, hang handsome, berhentilah. Budak-budak pun naik menyampah. Kalau budak-budak sekolah rendah boleh la nak buat content-content macam tu. Saya rasa dekat sekolah menengah tak berani. Confirm kena bahan dengan budak-budak balik. Saya mohon, tolonglah berhenti. Jaga imej guru," katanya.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah berjaya meraih 114K views, 8.8K likes serta 547 shares di TikTok

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Farhaan.

Malah, ramai di antara mereka yang bekerja sebagai guru turut meluahkan rasa malu apabila isu seperti ini timbul, sekali gus telah memalukan para guru di luar sana.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @farhaanrahmat (TikTok)

Image via @farhaanrahmat (TikTok)

Image via @farhaanrahmat (TikTok)

Image via @farhaanrahmat (TikTok)

Image via @farhaanrahmat (TikTok)

Image via @farhaanrahmat (TikTok)

Image via @farhaanrahmat (TikTok)

Image via @farhaanrahmat (TikTok)

Semoga perkongsian ini dapat dijadikan iktibar dan motivasi buat para guru di luar sana yang suka berTikTok tanpa manfaat.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment