Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Trio Pagi Era Direhatkan Selepas Tular Video Dakwaan Permainkan Penganut Agama Hindu

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengarah Astro untuk berjumpa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Cover image via Instagram

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Stesen radio Era mendapat kecaman daripada netizen selepas membuat hantaran video didakwa mempersendakan agama hindu

Menerusi sebuah video hantaran @capricedaddycap di Instagram dia berkongsi video seorang lelaki berbangsa India berang dengan tindakan tindakan penyampai radio tersebut dikatakan mempermainkan upacara penganut agama Hindu.

Tinjauan di bahagian komen menunjukkan rata-rata netizen memberi komen kecaman terhadap tindakan stesen radio berkenaan.

Dalam pada itu, penyampai-penyampai radio yang membawa segmen Trio Pagi Era difahamkan akan direhatkan pada masa ini.

Lihat antara komen tersebut di bawah:

Image via @capricedaddycap (Instagram)

Image via @capricedaddycap (Instagram)

Penyampai Trio Pagi Era tampil mohon maaf secara terbuka

Tiga penyampai radio Era, Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jazmin tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi sebuah video di Instagram radio terbabit.

"Salam sejahtera kepada semua sahabat-sahabat kami. Kami di 3 Pagi Era ingin memohon maaf kepada semua pihak berkaitan video kami yang dimuat naik di laman sosial Era baru-baru ini.

"Ini berhubung aksi kami yang kurang menyenangkan dan menyinggung hati segelintir pihak dan juga sahabat-sahabat kami yang berbangsa India," kata Nabil.

Azad yang didakwa melakukan tarian seperti mempermainkan amalan penganut agama Hindu, mengaku kesilapannya.

"Kami juga sentiasa terbuka untuk menerima segala komen ataupun kritikan untuk memperbaiki lagi diri kami terutamanya daripada pendengar setia kami di Era.

"Jadi, sekali lagi kami menyusun jari memohon maaf di atas kesilapan kami tanpa sedar yang kami lakukan. Jadi, maaf sangat-sangat daripada kami di 3 Pagi Era," katanya.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengarahkan MCMC memanggil Astro

Menerusi laporan Harian Metro, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diarah untuk jalankan siasatan terperinci berhubung isu terbabit.

Fahmi Fadzil berkata ini termasuklah memanggil pihak Astro serta pengurusan stesen radio tersebut untuk hadir ke ibu pejabat MCMC, bagi memberikan penjelasan penuh.

"Ini bertujuan untuk memastikan tindakan yang boleh diambil berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada," katanya.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil

Image via The Sun

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment