Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Tular Harga 'Cable Tie' Dijual Lebih RM2K, Netizen Pening Dengan Fesyen Zaman Sekarang

"Cantik lagi gelang KKM bagi" - Netizen.

Cover image via Sambal Tumis (Facebook)

Gaya fesyen zaman sekarang kini dilihat semakin pelik dan mempunyai harga tidak masuk akal. Malah, ia sering menjadi ikutan orang kita terutamanya golongan remaja.

Sama seperti posting yang tular baru-baru ini di Facebook apabila sebuah page telah berkongsi beberapa gambar fesyen terkini gelang dan cincin, sekali gus menjadi perbualan netizen.

"Arghh berat betul la fesyen zaman sekarang. Macam2 la diorang ni," katanya.

Lihat posting tersebut di bawah:

Gelang dan cincin berbentuk seperti cable tie itu dijual dengan harga yang tidak masuk akal iaitu lebih RM2,000

Image via Sambal Tumis (Facebook)

Image via Sambal Tumis (Facebook)

Image via Sambal Tumis (Facebook)

Melihat daripada design gelang dan cincin itu, ramai yang berpendapat ianya tidak ubah seperti bentuk cable tie yang ada dijual di kedai-kedai murah seperti ECO Shop dan Mr. DIY.

Agaknya kenapa harganya begitu mahal ya dan siapa yang sanggup buang duit beli gelang dan cincin itu semata-mata nak ikut trend fesyen sekarang?

Meskipun harganya tidak masuk akal, gelang dan cincin berkonsepkan cable tie itu telahpun habis terjual secara online di laman Farfetch.

Image via Sambal Tumis (Facebook)

"Daripada beli benda tu, baik beli gelang atau cincin emas. Berbaloi jugak dengan harga" - Netizen

Susulan tularnya posting itu, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan harga gelang dan cincin itu kerana tidak berbaloi dengan fesyennya yang sangat simple.

Mereka juga berkata lebih baik pergi ke pasar raya seperti Mydin, yang sudah tentu dapat cable tie percuma dan bentuknya lebih kurang sama saja dengan gelang dan cincin berjenama tersebut.

Antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

Image via Sambal Tumis (Facebook)

Image via Sambal Tumis (Facebook)

Image via Sambal Tumis (Facebook)

Image via Sambal Tumis (Facebook)

Image via Sambal Tumis (Facebook)

Image via Sambal Tumis (Facebook)

Image via Sambal Tumis (Facebook)

Image via Sambal Tumis (Facebook)

Image via Sambal Tumis (Facebook)

Mahal betul harganya, tak kena dengan design. Apa pendapat korang?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment