Tular Remaja Datang Seorang Diri Daftar Diploma, Tindakan Pensyarah Politeknik Raih Pujian
Respect dengan semangat adik ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tular baru-baru ini di laman Facebook, apabila seorang pensyarah Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang berkongsi kisahnya membantu pelajar yang datang seorang diri untuk mendaftar di pusat pengajian tersebut telah mencuri perhatian ramai
Menerusi perkongsian daripada Mohd Zaidil Adha yang juga merupakan Pegawai Hal Ehwal Pelajar (Pengambilan dan Data) di politeknik tersebut, dia telah membantu penuntut baharu PBU, Lim Zi Yang, 18, yang datang tanpa ditemani ibu bapa untuk mendaftar untuk pengajian Diploma Teknologi Maklumat.
Menurut Harian Metro, pensyarah itu berkata dia cuba membantu Lim selepas dihubungi bapa penuntut berkenaan pada Jumaat lalu yang memohon kebenaran supaya anaknya dimasukkan ke asrama lebih awal walaupun tarikh pendaftaran pada kelmarin.
Image via Zaidil Adha (Facebook)
"Saya tanya kepada ayah Lim kenapa tak ikut sama dan jawabnya, tak cukup duit.
"Waktu dengar jawapan itu, saya sudah mula rasa kasihan jadi beritahu pihak pengurusan untuk permohonan kemasukan awal ke asrama dan siap sedia jemput Lim di perhentian bas Balik Pulau pada pagi Sabtu.
"Belum sempat jemput Lim, dia sudah tiba di depan perpustakaan, namun masalah timbul apabila beg mengandungi pakaian dan dokumen penting tertukar dengan orang lain.
"Keadaan itu menyebabkan saya perlu membawa balik Lim ke Terminal Bas Sungai Nibong sebelum ke Terminal Bas Penang Sentral untuk membuat tuntutan beg," katanya.
Sifatkan Lim seorang anak yang taat pada bapa
"Waktu dalam kereta, saya nampak Lim ambil gambar Jambatan Pulau Pinang dan kirimkan kepada bapanya.
"Sebelum pulang iaitu selepas saya bawanya beli barang keperluan di sebuah pasar raya pun, dia minta saya singgah ke kedai ubat Cina untuk beli minuman dan ubat seperti diminta bapanya.
"Jadi, saya nampak dia anak yang mendengar kata, malah nampak semangatnya kerana Lim beritahu saya dia enggan berhenti belajar kerana anak tunggal dan menjadi harapan keluarga," katanya lagi.
Image via Zaidil Adha (Facebook)
Image via Zaidil Adha (Facebook)
Tak sangka perkongsiannya akan tular kerana niat sekadar berkongsi pengalaman
"Alhamdulillah, baca komen ramai positif dan ucap tahniah kepada Lim selain mengharap kejayaannya pada masa depan.
"Ada juga komen menyatakan apa saya buat itu adalah apa yang Malaysia mahukan kerana nampak semangat perpaduan.
"Hakikatnya, saya bantu tanpa tengok perbezaan kaum, agama atau bangsa kerana mana-mana penuntut memerlukan saya akan bantu malah sering juga dengar luahan serta perkongsian ibu bapa mengenai masalah anak mereka.
"Cuma kebetulan, perkongsian kisah Lim mendapat perhatian mungkin kerana saya dan dia berlainan bangsa, malah apa yang menarik apabila Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Datuk Dr Mohd Zahari Ismail juga datang bertemu dengan Lim ketika sesi pendaftaran penuntut baru (kelmarin)," katanya.
Image via Zaidil Adha (Facebook)
Image via Zaidil Adha (Facebook)
Lihat posting penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment