"Tunggu Depan Office Setiap Hari" - Gadis Ini Kongsi Lunch Dengan Ayahnya Buat Ramai Sebak
"Untungnya dia" - Netizen
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kasih sayang seorang ibu atau ayah kepada anaknya memang tidak dapat dinafikan seperti menatang minyak yang penuh
Tidak mengira usia anaknya, mereka akan tetap mencurahkan kasih sayang seperti kita baru lahir di dunia ini. Oleh sebab itu, kita sebagai anak adalah tanggungjawab kita untuk menjaga kebajikan mereka.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang ayah menunggu anaknya untuk makan tengah hari telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sanggup menunggu anaknya depan office setiap hari untuk makan bersama
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang merakam perjalanannya keluar daripada pejabatnya.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila dia mendapati ayahnya sedang menunggu di depan officenya untuk makan tengah hari bersama.
Gadis ini juga berkongsi bahawa makan bersama ayahnya telah menjadi rutin mereka.
"Hari-hari tanpa jemu abah tunggu kat office nak lunch sekali"
Image via @triplea201911 (TikTok)
Image via @triplea201911 (TikTok)
Image via @triplea201911 (TikTok)
"Mata masuk habuk sis, kasih sayang yang tiada tandingan" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih lebih 1.4M tontonan, 203K tanda suka dan 12K komen di TikTok, rata-rata netizen turut sebak melihat gelagat dua beranak itu. Malah, ramai yang memesan kepada orang luar sana supaya jaga ayah sebaik mungkin.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @triplea201911 (TikTok)
Image via @triplea201911 (TikTok)
Image via @triplea201911 (TikTok)
Image via @triplea201911 (TikTok)
Comel betul abah dia, semoga perkongsian ini dapat dijadikan iktibar untuk semua! <3
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment