[TUTORIAL] Cara Hilangkan Kesan Terbakar Pada Iron Baju Guna Panadol Soluble
Ada yang dah cuba?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Banyak cara dan tips kita boleh lihat dikongsikan di media sosial
Ia sedikit sebanyak dapat membantu kita daripada menghabiskan duit untuk sesuatu perkara tersebut.
Seperti video di TikTok ini apabila seorang individu berkongsi tips menghilangkan kesan terbakar pada seterika telah mencuri tumpuan.
Image via @pish.ball (TikTok)
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang individu menunjukkan kesan terbakar pada seterikanya.
Apa yang dilakukannya adalah sambil seterika dibuka, dia mengambil sebiji panadol soluble dan menggosokkannya pada kesan terbakar tersebut.
Dapat dilihat kesan terbakar itu dapat dihilangkan selepas beberapa minit. Dia kemudian mengambil kain dan mengelapnya untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.
"Jadi betul la panadol boleh sembuh kan apa-apa sakit" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis video berkenaan telah meraih 2.5M views, 93.2K likes dan 1,474 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @pish.ball (TikTok)
Image via @pish.ball (TikTok)
Image via @pish.ball (TikTok)
Lihat video itu di bawah:
Habislah lepas ni orang cari panadol soluble untuk merawat seterika :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment