Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

UAI Beri Respon Lepas Disoal Jenazah Ditanam Jauh Dari Kubur Lain - “Itu Semua Ijtihad”

Tak salah pun sebenarnya.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular baru-baru ini, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor menjadi bualan ramai tentang tindakan mereka untuk menjarakkan kubur suspek serangan di balai polis Ulu Tiram

Tindakan menjarakkan kubur suspek berbanding liang lahad lain sebagai satu peringatan kepada masyarakat supaya tidak terbabit atau melakukan perkara yang dilakukan suspek.

Dalam kejadian serangan pada 2.54 pagi Jumaat lalu itu, dua anggota polis masing-masing berusia 22 dan 24 tahun serta suspek, 21, maut manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan itu parah.

Perkara itu ternyata mendapat perhatian ramai yang memberikan pelbagai reaksi selepas mengetahuinya. Ada juga yang tertanya-tanya adakah boleh melakukan sedemikian.

Namun, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor telah pun menerangkan perkara tersebut dalam kenyataannya.

Image via Harian Metro

Ustaz Azhar Idrus beri respon sama, tidak pelik untuk dilakukan

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, UAI menjelaskan fatwa mengenai menjarakkan kubur orang yang meninggal dunia kerana membunuh diri sudah lama wujud dalam kitab-kitab fikah.

Malah, tindakan menjarakkan jenazah daripada kubur yang lain sebenarnya bukanlah perkara yang pelik.

“Kalau sudah belajar agama, semua perkara ini tidak pelik. Saya sendiri tidak pelik. Semuanya berlandakan ijtihad

“Kita perlu lihat pada istijhad, apa tujuannya. Jika ada maslahah pada fatwa, maka fatwa tersebut adalah sah

“Mengapa? Ia supaya orang-orang yang masih hidup berasa insaf dan tidak akan melakukan perkara sama,” katanya.

Lihat video itu di bawah:

Kita ini yang perlu lebih banyak membaca sebelum membuat sebarang andaian ;)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment