seismik

Ini Sebab Kenapa Kubur Suspek Serangan Balai Polis Ulu Tiram Dijauhkan Dari Kubur Lain

Semoga jadi pengajaran buat kita semua.

Cover image via Kosmo & Berita Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan kedudukan kubur suspek serangan di Balai Polis Ulu Tiram perlu berjauhan dari liang lahad penghuni kubur yang lain

Menurut laporan Harian Metro, keputusan itu hasil Mesyuarat Khas JawatankuasaFatwa yang telah bersidang Jumaat lalu, dipengerusikan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.

Mesyuarat itu bagi membincangkan status kematian anggota polis dan cara pengebumian suspek yang mati ditembak dalam serangan Balai Polis Ulu Tiram, awal pagi Jumaat lalu.

Image via Harian Metro

Sebagai peringatan buat masyarakat di luar sana

Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor dalam kenyataannya, berpendapat tindakan menjarakkan kubur suspek berbanding liang lahad lain sebagai satu peringatan kepada masyarakat supaya tidak terbabit atau melakukan perkara yang dilakukan suspek.

Malah, jenazah suspek juga tidak dibenarkan untuk dibawa ke mana-mana masjid atau surau untuk urusan berkaitan.

Jenazah juga hendaklah dimandikan, dikafankan dan disolatkan di hospital atau di rumah keluarga suspek sahaja.

"Fatwa ke atas jenazah suspek ini sebagai tanda menzahirkan kebencian terhadap apa yang telah dilakukan suspek apatah lagi membunuh anggota yang menjaga keselamatan negara yang tidak melakukan salah dan silap terhadap suspek.

"Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terbabit dan simpati ke atas suspek di atas apa yang telah dilakukannya," tulis dalam kenyataan berkenaan.

Dalam kejadian serangan pada 2.54 pagi Jumaat lalu itu, dua anggota polis masing-masing berusia 22 dan 24 tahun serta suspek, 21, maut manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan itu parah.

Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, telah terkorban dalam kejadian berkenaan.

Koperal Mohd Hasif Roslan, yang dilaporkan parah, kini stabil dan masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Jenazah suspek dilaporkan dikebumikan pada jam 12.30 tengahari tadi di Pusara Islam Kampung Sungai Tiram di Batu 19, Kampung Sungai Tiram.

Pengebumian itu bagaimanapun dilaporkan hanya dihadiri beberapa penduduk kampung selain pegawai dan anggota polis yang mengawal ketat keadaan sekitar.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: