Sering Guna Telefon Bimbit Dalam Tandas? Anda Mungkin Berisiko Dapat Buasir
Jika anda mengalami gejala ini segera berjumpa doktor.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ramai orang kini yang mempunyai tabiat menggunakan telefon bimbit di dalam tandas
Ada yang membawanya kerana untuk kerja dan perkara yang tidak dapat dielakkan. Kesibukan dalam urusan harian menyebabkan kita kerap kali cuba mencuri masa untuk menyelesaikan benda yang tertangguh.
Namun, ada sesetengah orang yang suka membawa telefon bimbit mereka masuk adalah kerana untuk menonton aplikasi seeperti YouTube, melayari aplikasi laman sosial dan bermain game sewaktu membuang air besar. Boleh dikatakan aktiviti ini hampir dilakukan oleh semua orang.
Apabila kita duduk di dalam tandas lebih daripada masa sepatutnya, ia menyebabkan berlakunya tarikan graviti kepada rektum dan dubur. Ini tidak langsung akan menjurus kepada pembengkakan pembuluh darah berhampiran dubur.
Tetapi, tahukah anda sebenarnya bahaya penggunaan telefon bimbit di dalam tandas?
Banyak risiko dan mungkin boleh dapat gejala buasir
Menerusi laporan Berita Harian, Pensyarah Perubatan dan Pakar Bedah Am Universiti Malaysia Sabah, Prof Madya Dr Mohd Firdaus Mohd Hayati, berkata buasir terjadi apabila pembuluh darah yang berada pada pangkal dubur membengkak.
Menurutnya, sesiapa sahaja termasuk individu yang kurang mengambil makanan yang berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mendapat penyakit itu.
"Kurang pengambilan makanan berserat tinggi akan menyebabkan sembelit. Apabila membuang air besar, mereka terpaksa meneran dengan lebih kuat dan lama. Tekanan tinggi yang diberikan akan meningkatkan lagi pembengkakan pembuluh darah di kawasan dubur.
"Luka terbentuk hasil geseran dengan najis yang keras akan menyebabkan pendarahan, selain kemungkinan gejala kanser usus dan rektum," katanya.
Malah, kombinasi di antara sembelit, perubahan pola membuang air besar dan najis berdarah menjurus kepada gejala kanser usus dan rektum.
Jadi, jika mengalami kombinasi gejala ini segera berjumpa doktor pakar untuk rawatan lanjut.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!