Ulas Slogan 'Beras Kita Beli', Wanita Ini Siap Bagi Warning Dekat Lelaki Luar Sana
Hati-hati lelaki di luar sana.
Pasti ramai di sini yang pernah mendengar ayat "beras kita beli" bukan?
Ayat itu kebiasaannya digunakan oleh kaum lelaki dengan memberitahu mereka lah ketua dalam keluarga dan kononnya berhak melakukan perkara yang diingini. Contohnya keluar melepak dan sebagainya.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang wanita mengulas isu slogan tersebut yang telah menarik perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
'Sekolahkan' lelaki-lelaki yang suka ulas slogan tersebut
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang mengulas slogan beras kita beli yang selalu digunakan oleh kaum lelaki.
Menurutnya, slogan itu sangat tidak kena dan menjengkelkan setiap kali didengar. Ia seolah-olah seperti tiket untuk kaum lelaki membuat apa saja mereka sehingga ada yang melupakan tanggungjawab dan keluarga.
"Beras tu kalau bukan bini kau yang masak dia tak akan jadi lauk satu hari untuk kau"
"Jangan disebabkan slogan tu kau tak tolong bini kau buat kerja rumah, sidai kain, lipat kain, basuh berak anak. Kau lepaskan semua benda dekat bini kau buat kerja," ulasnya.
Malah, dia juga menambah zaman sekarang bukan saja suami yang belikan beras untuk makanan keluarga tetapi bini juga ada yang membelinya.
Image via @faaleesa (TikTok)
"Beras beli pun cari yang murah" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka masing-masing.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 130.1K views, 17.4K likes dan 1,035 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @faaleesa (TikTok)
Image via @faaleesa (TikTok)
Image via @faaleesa (TikTok)
Image via @faaleesa (TikTok)
Image via @faaleesa (TikTok)
Jangan guna slogan tu kalau malas nak tolong isteri ;)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment