Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Umie Marah Ke" - Termuntah Atas Katil, Pertanyaan Anak Hidap Kanser Ini Buat Ramai Sebak

Bergenang air mata.

Cover image via @0azkiaaeera0 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ibu bapa mana yang tidak sedih jika melihat anak mereka terlantar sakit di hospital

Ia sememangnya satu perkara yang menyayat hati bukan saja buat ibu bapa, malah sesiapa saja yang melihatnya.

Mana tidaknya, di usia sebegini kanak-kanak sedang aktif bermain dan meneroka pelbagai benda, tapi apakan daya semuanya sudah tertulis.

Tular sebuah video di TikTok ini apabila memaparkan seorang ibu menjaga anaknya yang menghidap kanser telah menyentuh hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

Tanya berulang kali ibu marah ke sebab termuntah atas katil

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang berada di sebuah hospital bersama anak lelakinya. Difahamkan, anak lelakinya yang bernama Fayyadh menghidap kanser.

Namun, Fayyadh tiba-tiba termuntah di atas katil sewaktu mendapatkan rawatan. Situasi itu membuatkan kanak-kanak itu bertanyakan adakah si ibu memarahinya.

Si ibu dengan tenang menjawab dia langsung tidak memarahi anaknya itu. Malah, perkara itu membuatkan si ibu bertambah sebak mendengar pertanyaan anaknya.

Difahamkan. Fayyadh meghidap kanser otak tahap 4 dan masih menjalani rawatan di sebuah hospital.

Image via @0azkiaaeera0 (TikTok)

"Ya Allah, sembuhkan penyakit adik ni. Panjangkan usianya Ya Allah" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak melihatnya dan ramai yang mendoakan buat kesembuhan dirinya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 128K views, 13.4K likes dan 795 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @0azkiaaeera0 (TikTok)

Image via @0azkiaaeera0 (TikTok)

Image via @0azkiaaeera0 (TikTok)

Image via @0azkiaaeera0 (TikTok)

Image via @0azkiaaeera0 (TikTok)

Sedihnya tengok kecil-kecil dah sakit macam ni. Semoga awak cepat sembuh dik! :(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment