[VIDEO] 10 Tahun Tunggu Zuriat, Suami Tak Tahan Rasa Sebak Bila Dapat Tahu Isteri Hamil
Momen yang paling menggembirakan.
Bagi pasangan suami isteri, mempunyai anak adalah impian semua
Anak ini seperti pelengkap dalam rumah tangga. Namun, itu semua bergantung kepada rezeki masing-masing. Pasti ia adalah momen yang paling indah bila dapat tahu yang kita akan menjadi ayah dan ibu betul tak?
Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita berkongsi kegembiraan suaminya selepas mendapat tahu dia mengandung telah menyentuh hati ramai.
Lihat video itu di bawah:
Penantian 10 tahun termakbul untuk dapat zuriat
Menerusi video tersebut, seorang wanita yang juga merupakan seorang isteri berkongsi reaksi suaminya selepas mendapat tahu yang dia sedang mengandung.
Namun, apa yang lebih menyentuh hati adalah reaksi suaminya yang dilihat begitu gembira sehingga menitiskan air mata saat dia tahu isterinya sedang mengandung.
Difahamkan, suaminya itu menunggu kehadiran cahaya mata selama 10 tahun dan kini ianya menjadi berita gembira buat mereka berdua.
"Aku jantan why aku yang menangis, hahaha" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa sebak dan ada berkongsi perkara yang sama.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.2M views, 259.6K likes dan 12.2K comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!