seismik

[VIDEO] "6 Tahun Kami Tunggu" - Pasangan Ini Terus Jadi Sebak Lepas Doktor Sahkan Hamil

Siapa potong bawang ni.

Cover image via @lisaa_aa98 (Twitter)

Mempunyai cahaya mata sendiri adalah impian bagi setiap pasangan yang sudah berkahwin

Pastinya anak-anak adalah pelengkap dalam sesebuah keluarga yang dibina. Tetapi, itu semua terletak pada rezeki yang telah Allah SWT aturkan kepada kita.

Ada yang berkahwin sekejap dan terus mendapat zuriat, ada juga yang telah bertahun lamanya menanti untuk mendapatkan zuriat sendiri.

Sama seperti video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila seorang wanita tidak dapat menahan sebak kerana doktor mengesahkannya hamil lepas 6 tahun menunggu.

Lihat video penuh itu di bawah:

6 tahun tunggu zuriat, lakukan melalui proses IVF

Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan suami isteri sedang berada di hospital bersama beberapa orang ahli keluarganya dan berjumpa dengan salah seorang di situ untuk mengetahui keputusan kehamilan.

Doktor itu kemudian memberitahu si isteri agar redha dan bersabar dengan apa jua keputusan yang bakal ditunjukkan olehnya.

Selepas diberitahu, wanita itu diminta untuk membuka casing yang diberikan oleh doktor dan mendapati keputusan menunjukkan double line iaitu dia hamil.

Difahamkan pasangan itu sudah lama menggunakan proses In vitro fertilization (IVF) untuk berusaha mendapatkan cahaya mata. Mereka juga bersyukur kerana penantian selama 6 tahun akhirnya berhasil dan dimakbulkan.

"Akak tu menangis, suami akak tu menangis, doktor menangis, yang aku pun menangis" - Warganet

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet juga terharu melihat kegembiraan pasangan tersebut yang sudah lama menantikan cahaya mata.

Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sama mereka melakukan ujian seperti ini.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 412K views, 18K retweets dan 24.4K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di Twitter:

Alhamdulillah, tumpang gembira tengok pasangan ni. Semoga dipermudahkan urusan bersalin nanti :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: