Uncle Bawa Grab Guna Kereta Mercedes, Alasan Bosan Duduk Rumah - "Kita Tua Mahu Jalan"
Terbaik uncle!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kita boleh lihat hari ini, ramai yang menjadikan Grab sebagai kerja sampingan mereka
Malah, ada juga yang menjadikannya sebagai pekerjaan utama mereka. Pemandu hari ini tidak mengira usia kerana yang warga emas juga memilih untuk melakukan Grab.
Sama seperti video di TikTok ini apabila seorang penumpang terkejut menerima Grab dengan kereta Mercedes telah mendapat perhatian.
Image via @megat_suprax (TikTok)
Tempah Grab biasa tapi dapat kereta Mercedes
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi situasi semasa dia menempah Grab untuk menuju ke suatu tempat.
Namun, dia terkejut apabila menerima kereta Mercedes dalam tempahannya itu. Bila dilihat, pemandu adalah seorang lelaki Cina yang sudah berusia.
Mereka kemudian berbual semasa dalam perjalanan ke destinasi yang dituju. Difahamkan, uncle berkenaan sudah pun hidup mewah tetapi memilih membuat Grab kerana bosan asyik duduk di rumah.
"Uncle tu bukan nak duit sangat tapi nak isi masa kosong" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 457.8K views, 28.3K likes dan 654 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @megat_suprax (TikTok)
Image via @megat_suprax (TikTok)
Image via @megat_suprax (TikTok)
Lihat video itu di bawah:
Dah kaya pun tetap humble.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment