Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] 4 tahun Tak Balik Beraya, Gadis Ini Buat Surprise Jadi 'Waitress' Pada Ibu Ayah

Mesti dia rindu sangat keluarga.

Cover image via @aishahbudiman (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menjelang Hari Raya Aidilfitri, pasti ramai yang sudah pulang ke kampung halaman mereka

Tentu tidak sabar untuk berjumpa ibu ayah dan sanak-saudara yang sudah lama tidak berjumpa betul tak? Pada masa inilah semuanya pulang ke kampung dan berkumpul untuk beraya bersama. Pasti meriah rasanya.

Namun, ada juga sesetengah individu yang tidak dapat pulang beraya kerana tugasan kerja, belajar di negara jauh dan sebagainya.

Lain pula dengan video di TikTok ini apabila seorang gadis membuat kejutan kepada ibu ayahnya selepas lama tidak pulang beraya telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Menyamar jadi waitress nak buat kejutan lepas 4 tahun tak dapat balik

Menerusi video tersebut, kelihatan gadis itu telah menyamar menjadi waitress di sebuah kedai makan di tempat keluarganya menjamu selera.

Dia mula menghidangkan air kepada mereka, tetapi ibu dan ayahnya masih tidak mengenali dirinya.

Selepas beberapa minit, si ibu akhirnya menyedari itu adalah anaknya dan mula 'merajuk' kerana pada awalnya gadis itu memberitahu dia tidak pulang beraya. Difahamkan, gadis itu adalah seorang pelajar perubatan yang belajar di India.

Lihat video penuh itu di bawah:

"Mak tahan sebak tu sebenarnya, 4 tahun tak balik raya tu lama" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut sebak dan meluahkan perasaan sedih mereka selepas melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 5.6M views, 289K likes dan 923 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @aishahbudiman (TikTok)

Image via @aishahbudiman (TikTok)

Image via @aishahbudiman (TikTok)

Image via @aishahbudiman (TikTok)

Image via @aishahbudiman (TikTok)

Image via @aishahbudiman (TikTok)

Hilang terus rasa rindu bila dapat jumpa ibu ayah :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment