Terkejut Dapat Surprise, Suami Menangis Isteri Buat Candle Light Dinner Walaupun Di Rumah
Bahagia tengok mereka.
Setiap pasangan suami isteri pasti ada cara mereka sendiri untuk membahagiakan pasangan
Tidak kiralah walaupun ia nampak simple, tetapi sebenarnya usaha pasangan itu yang membuatkan mereka rasa dihargai.
Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila si isteri membuat kejutan untuk suaminya sehingga dia menitiskan air mata telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Terpaksa sambut birthday lewat sebab masuk hospital
Menerusi video tersebut, seorang wanita berkongsi momen ketika dia membuat kejutan untuk hari jadi suaminya.
Wanita itu dilihat membuat candle light dinner dalam rumah mereka untuk menyambutnya. Difahamkan, hari jadi suaminya itu terpaksa disambut lambat kerana dia dimasukkan ke hospital hampir sebulan.
Walaupun nampak simple, tetapi suaminya itu hingga menitiskan air mata selepas melihat kejutan daripada isterinya itu kerana terharu.
Lihat video lain di bawah:
"Jujur saya cakap, ini paling romantik yang saya pernah jumpa" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut sebak dan memuji pasangan tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 768.2K views, 66K likes dan 5,724 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Tak kisahlah macam mana sambutannya sekali pun, asalkan dia masih ingat dan tak lupa hari jadi pasangan :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!