seismik

"Selamat Berehat" - Bersara McD Pada Umur 87 Tahun, Uncle Ini Terharu Dapat Surprise

Terbaiklah uncle.

Cover image via @afiqraffali (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semakin meningkat usia kita, semakin terbatas aktiviti harian kita

Iyalah, kalau dulu masa muda apa saja boleh dilakukan kerana masih cergas dan kuat. Tetapi, sampai masa nanti bila meningkat umur kita, kita pasti ada rasa penat atau tidak larat.

Kini anak-anak pula yang mencari rezeki untuk kita, begitulah kehidupan. Kebiasaannya di Malaysia, pekerja akan bersara sekitar umur 50 hingga 60, bergantung pada kesihatan mereka.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang uncle terharu kerana disambut meriah pada hari persaraannya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Pilih untuk bersara selepas 87 tahun mencari rezeki

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang juga merupakan pekerja McDonald's di Singapura merakam momen persaraan seorang uncle di situ.

Difahamkan, umurnya kini sudah mencecah 87 tahun semasa persaraannya itu. Rakan-rakannya kemudian mengambil keputusan untuk membuat majlis kecil-kecilan atas persaraan uncle itu.

Rata-rata mereka mengucapkan terima kasih di atas khidmat uncle itu dan mendoakan atas kesihatannya.

"Mcdonald’s & petrol pam je aku rasa dorang tak memilih untuk ambil staff" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut sebak melihat rakaman video itu. Ramai juga yang terus mendoakan kesejahteraan uncle itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 123K views, 12.8K likes dan 256 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Hebat uncle ini, masih kuat cari rezeki dalam usia macam tu. Semoga terus sihat selalu :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: