seismik

[VIDEO] "Legend" - Aksi Uncle Selamba Mengira Harga Barangan Guna Sempoa Ini Jadi Tumpuan

Wow uncle!

Cover image via @toqq_nk (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti di sini ramai yang pernah belajar menggunakan sempoa masa di sekolah dulu bukan?

Sempoa atau juga dikenali sebagai Abakus yang merupakan alat menghitung. Ia adalah untuk melakukan proses-proses aritmetik.

Kebiasaannya ia digunakan untuk mengira. Tetapi, hari ini kita dapat lihat sudah jarang orang menggunakannya kerana sudah mempunyai kalkulator yang lebih canggih dan cepat.

Namun, tular baru-baru ini video di media sosial memaparkan aksi seorang uncle mengira barangan pelanggannya menggunakan sempoa telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Masih guna sempoa kira barangan, pelanggan pula teruja

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki ketika itu sedang membeli barangan di sebuah kedai runcit.

Dia kemudian pergi kaunter untuk membayarnya. Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila uncle itu mengira harga barangan lelaki itu dengan menggunakan sempoa.

Malah, cara penggiraannya juga sangat cepat seperti memang sudah biasa menggunakan sempoa berkenaan.

"Aku sampai sekarang tak tahu macam mana nak guna benda alah ni" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.3M views, 189.7K likes dan 2,019 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Powerlah uncle, bukan semua orang pandai guna benda ni :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik