seismik

Gembira Sampai Menangis, Pembantu Rumah Tak Sangka Majikan Surprise Tiket Konsert BTS Suga

Untungnya dia.

Cover image via @kimberlee.ang (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi peminat kumpulan Korea Selatan terkenal iaitu BTS, anda pasti tahu setiap ahli mereka betul tak?

Walaupun mereka kini memperlahankan karier kumpulan mereka atas sebab tertentu, namun ahli kumpulan tersebut masih aktif dan ada yang mengeluarkan lagu solo mereka masing-masing.

Malah, ada juga yang turut membuat jelajah konsert sulung iaitu Suga. Sudah tentu, ramai peminat yang menanti-nantikan saat ini untuk bertemunya. Sehingga ada yang sanggup tunggu lama untuk mendapatkan tiket online itu, ada juga yang meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat.

Sama seperti video di TikTok ini apabila seorang pembantu rumah terkejut apabila majikannya menghadiahkan tiket konsert Suga BTS telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

@kimberlee.ang This must be the most intense ticket purchasing for me. I dunno how quick #army can be! @pjm Nur, hope you like your gift from us. Thank you for being with us for 7 years. Party hard on 18th June 2023 at the #sugaconcert #sugaconcerttourasia2023 #sugaagustdtour #armybts original sound - Kimberlee

Nak beli mahal sangat, tak sangka dapat surprise daripada majikan

Menerusi video tersebut, kelihatan wanita itu pada awalnya berkongsi screenshot perbualan WhatsApp di antara dia dan pembantu rumahnya. Dapat dilihat pembantu rumahnya memberitahu hasratnya mahu pergi ke konsert berkenaan.

Namun, dia tidak tahu cara membelinya dan meminta bantuan untuk majikannya membelikan tiket tersebut pada prajualan keahlian ARMY.

Bagaimanapun, pembantu rumah itu bertukar fikiran sebaik saja mengetahui harga tiket tersebut. Menurutnya, harga tiket itu terlalu mahal buatnya.

Hal itu membuatkan majikannya terus membelikan tiket tersebut tanpa pengetahuan pembantu rumahnya itu.

Dapat dilihat, majikannya itu kemudian membuat kejutan dengan memberi tiket berkenaan sehingga pembantu rumah itu gembira menangis.

"Thank you for being so kind and giving her a ticket" - Warganet

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji tindakan majikan berkenaan dan memberikan kata-kata positif buatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 86.9K views, 8,843 likes dan 582 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Baiknya majikan dia, seronok tengok dia dapat tiket tu ya :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: