[VIDEO] Aksi Monyet 'Cemburu' Tuan Bermanja Dengan Kucing Ini Jadi Perhatian Ramai
Amboi, merajuk sungguh tu!
Apabila mempunyai haiwan peliharaan, pastinya kita akan membelai dan memberi sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada mereka
Iyalah, bukan manusia sahaja yang dahagakan kasih sayang tetapi haiwan juga turut mempunyai perasaan sebegitu. Mereka akan menunjukkan perasaan itu dengan cara mereka yang tersendiri bagi meraih kasih sayang dan perhatian daripada tuannya.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini, apabila seekor monyet merajuk dek kerana tuannya lebih manjakan kucing telah mencuri perhatian ramai di TikTok.
Lihat video penuh itu di bawah:
Si monyet cemburu sebab si kucing dapat lebih perhatian
Menerusi video yang dimuat naik oleh @zulghazali91, kelihatan dia menunjukkan reaksi monyet peliharaannya ketika merajuk.
Difahamkan, dia merupakan seorang pencinta haiwan dan memiliki beberapa ekor kucing. Monyet itu juga merupakan salah satu haiwan peliharaannya.
Menerusi rakaman tersebut, dia sengaja mengusik monyet itu dengan bermanja-manja dengan kucingnya. Tidak sangka rupanya si monyet cemburu apabila dia kurang dapat perhatian.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Merajuk sangat, nanti tuan balik kampung dia pula yang susah tau" - Netizen
Menjengah di ruangan komen mendapati rata-rata netizen terhibur melihat aksi comel monyet yang merajuk itu.
Ketika menulis artikel ini, kini video berkenaan telah mencecah sebanyak 348.6K views, 31.4K likes dan 460 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @zulghazali91 (TikTok)
Image via @zulghazali91 (TikTok)
Image via @zulghazali91 (TikTok)
Image via @zulghazali91 (TikTok)
Image via @zulghazali91 (TikTok)
Kucing tu pun betul-betul in character ya! :P
Image via GIFcen
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment