[VIDEO] Aksi 'Pocong' Ini Pergi Ambil Suntikan Vaksin Di PPV Curi Perhatian Ramai. Lawak!
Aduhai, macam-macam hal rakyat Malaysia ni ya!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti semua tahu, Malaysia kini dalam proses pengagihan vaksin kepada seluruh rakyat
Vaksin ini terbukti dapat menurunkan tahap kadar jangkitan Covid-19. Tetapi, kita tetaplah harus berwaspada walaupun sudah disuntik.
Ternyata ia mendapat sambutan yang menggalakan daripada semua orang. Tambahan lagi, kerajaan ada mengumumkan sedikit kelonggaran kepada yang sudah lengkap divaksinasi.
Seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila aksi hantu pocong hadir di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk mendapatkan suntikan telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Datang pusat PPV seperti pocong, siap melompat-lompat
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis berkongsi kehadiran pocong semasa dia sedang berada di PPV.
Dia menunjukkan pada mulanya, pocong itu duduk di atas kerusi roda sambil ditolak oleh RELA. Namun, selepas itu pocong berkenaan dilihat bangun dan terus melompat-lompat masuk ke dalam PPV tersebut.
Aksinya itu telah mengejutkan ramai dan menarik perhatian orang yang berada di PPV itu. Malah, dia juga gigih melompat semasa menaiki tangga.
Lihat video penuh sambungan itu di bawah:
"Jangan main-main, pocong pun takut Covid-19" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 923.8K views, 117.1K likes dan 2,407 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @pwettygerl (TikTok)
Image via @pwettygerl (TikTok)
Image via @pwettygerl (TikTok)
Image via @pwettygerl (TikTok)
Image via @pwettygerl (TikTok)
Image via @pwettygerl (TikTok)
Akibat lama sangat duduk rumah, macam-macam idea yang keluar! :P
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment