[VIDEO] "Aku Juga Yang Kena Buang" - Cara Remaja Lelaki Ini Berleter Buat Ramai Terhibur
Marah betul ya nampak.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Dalam sesebuah keluarga, pasti kita akan mempunyai tugas masing-masing bila di rumah
Sebagai contoh, si suami menolong isteri dan anak-anak menolong melakukan kerja rumah apa yang patut. Ia dapat meringankan lagi beban sesama ahli keluarga.
Kebiasaannya anak lelaki akan melakukan kerja sedikit lebih berat daripada anak perempuan memandangkan kekuatan mereka.
Namun, lain pula dengan video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila cara remaja lelaki ini kena paksa membuang sampah mencuit hati ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Luah rasa tak puas hati bila kena turun buang sampah yang banyak
Menerusi perkongsian video tersebut, kelihatan seorang remaja lelaki sedang meluahkan rasa geramnya apabila disuruh turun untuk membuang sampah yang agak banyak.
Dia kemudian mula berleter sambil menunjukkan beberapa plastik sampah yang harus dibuangnya dan memberitahu mengapa dia yang perlu membuang sampah tersebut kerana ramai lagi lelaki lain di dalam rumah.
Apa yang lebih melucukan luahan rasa geramnya itu menyebabkan dia sehingga mengejek lelaki lain dalam rumahnya itu pondan sambil melakukan reaksi muka yang melucukan.
Image via @kimyaqee2 (Twitter)
Image via @kimyaqee2 (Twitter)
"Cara dia merungut without makian yang terlampau tu win" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi remaja tersebut. Malah, ada yang memujinya kerana walaupun sedang marah tetapi tidak menggunakan makian yang teruk.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 226.7K views, 8,354 retweets dan 16.1K likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Aduhai, lawaklah dengar cara dia membebel. Make my day betul :P
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment