[VIDEO] Anak Pelik Tengok Muka, Rupa-Rupanya Ada Orang Pakai Tudung Sebiji Sama Dengan Ibu
Lama anak dia tenung tu nak cam ibu dia.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pasti ada di antara anda pernah terserempak dengan orang yang memakai pakaian sama dengan anda betul tak?
Tidak kisahlah tudung ke topi ke atau baju, tentu situasi ini sedikit sebanyak membuatkan kita merasa malu untuk terserempak dengan mereka kan.
Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang anak pelik melihat ibunya kerana ada orang memakai tudung yang sama mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Hairan tengok muka ibu lain sebab ada orang pakai tudung yang sama
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang ibu sedang merakam gelagat anaknya di salah sebuah klinik.
Dia berkongsi reaksi anaknya yang pelik melihat muka seorang wanita di klinik tersebut kerana wanita berkenaan memakai tudung yang sama dengannya.
Apa yang lebih melucukan adalah si anak bukan saja pelik melihat wanita tersebut, malah dia sehingga termenung melihat wajahnya sambil melihat muka ibunya yang sedang duduk di belakang.
Image via @addazaffali (TikTok)
Image via @addazaffali (TikTok)
"Tudung sama, mask warna hitam. Confused anak kak" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi kanak-kanak tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 159.9K views, 11.8K likes dan 578 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @addazaffali (TikTok)
Image via @addazaffali (TikTok)
Image via @addazaffali (TikTok)
Image via @addazaffali (TikTok)
Image via @addazaffali (TikTok)
Image via @addazaffali (TikTok)
Image via @addazaffali (TikTok)
Alamak, boleh pula tudung tu sama ya. Patutlah anak pelik tengok :P
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment