[VIDEO] Anggap Datang Sebab Nak MC, Wanita Dakwa Doktor KK Ambil Remeh Kesihatan Pesakit
Sakit jangan dibuat main.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Jika kita mengalami sakit yang teruk sudah pasti ia adalah perkara yang amat merisaukan
Tambahan lagi, jika ia sudah terjadi berbulan-bulan lamanya. Walaupun sudah berjumpa doktor namun hasilnya tetap sama. Siapa saja tidak risau dengan keadaan ini kan?
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap layanan sebuah Klinik Kesihatan telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Dakwa doktor tak ambil serius dalam sakit yang dialami
Menerusi video tersebut, wanita berkenaan meluahkan rasa kecewanya semasa dia datang ke sebuah Klinik Kesihatan yang tidak diketahui lokasinya.
Jelasnya, dia mengalami sakit bahu dan tersimpul urat sehingga menyebabkan ia tidak selesa dengan keadaan itu. Malah, sakit bahunya itu sudah agak lama dirasainya.
Sebelum itu, dia juga ada mendapatkan rawatan di klinik swasta tetapi hasilnya tetap sama. Disebabkan itu, dia terus ke Klinik Kesihatan dengan harapan sakitnya ini boleh direfer kepada hospital.
Namun, dia sangat terkilan dengan layanan doktor yang bertugas kerana menganggap sakit yang dirasainya ini hanya sedikit saja dan bertanyakan adakah dia mahukan MC (Medical Certificate). Dia juga mendakwa doktor itu seperti tidak mengambil serius tentang sakitnya itu.
Lihat video penjelasan itu di bawah:
"Klinik Kesihatan ni menunggu 3 jam. Last-last bagi panadol je" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan padangan mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.5M views, 118.6K likes dan 11.6K comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @sri_idrina (TikTok)
Image via @sri_idrina (TikTok)
Image via @sri_idrina (TikTok)
Image via @sri_idrina (TikTok)
Image via @sri_idrina (TikTok)
Harap tak ada lagi isu macam ini dan doktor dapat lebih ambil berat terhadap sakit pesakit :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment