[VIDEO] Atuk Pakaikan Cucu Lipstick, Siap Nganga Mulut Ini Raih Perhatian Warganet
Pandai pula si atuk pakaikan.
Sebelum lahirnya cucu, dengan anak sendirilah ibu bapa akan bermain dan mencurah kasih sayang
Tetapi selepas anak-anak sudah berkahwin dan mempunyai anak sendiri, maka beralihlah tumpuan ibu bapa kita kepada cucunya.
Iyalah, umur semakin meningkat, jadinya dengan cucu-cucu sajalah tempat untuk bermain dan meluangkan masa mereka.
Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial TikTok apabila seorang lelaki sedang pakaikan lipstick untuk cucunya telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Siap minta cucu nganga mulut untuk pakaikan lipstick
Menerusi video berkenaan, kelihatan dia sedang merakam gelagat ayah bersama anaknya semasa sedang bersiap.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila ayahnya memakaikan cucunya lipstick. Si ayah siap minta cucunya itu buka mulut bagi memudahkannya untuk pemakaian lipstick.
Selepas siap pakaikannya, si ayah terus memeluk anaknya. Situasi itu rata-rata membuatkan ramai tersentuh dan jelas menunjukkan kasih sayang di antara atuk dan cucu.
Image via @kymsaiful_tan (TikTok)
Image via @kymsaiful_tan (TikTok)
"Arwah ayah saya dulu pun macam tu. Kita penat tak nak bagi handphone, tapi sebab sayangkan cucu dia boleh bagi cucunya main handphone dia" - Warganet
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 621.2K views, 57.4K likes dan 1,963 comments di TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tersentuh melihat telatah si cucu bersama atuknya itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @kymsaiful_tan (TikTok)
Image via @kymsaiful_tan (TikTok)
Image via @kymsaiful_tan (TikTok)
Image via @kymsaiful_tan (TikTok)
Seronoklah adik tu, atuk yang makeupkan <3
Image via Giphy
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment