[VIDEO] "Auto Terhibur" - Gadis Ini Cuba Ajar Member Cakap Loghat Kedah Sampai Blur
Member pun sabar je layan.
Setiap negeri di Malaysia mempunyai pelbagai jenis loghat dan cara percakapan yang tersendiri
Ianya sekali gus menjadikan Malaysia ini sebuah negara yang cukup unik dalam berkomunikasi.
Tetapi kadang kala, ada sesetengah daripada kita tidak begitu memahami beberapa loghat sehingga ada yang menjadi bingung apabila mendengarnya.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di Instagram apabila seorang gadis cuba mengajar rakannya untuk memahami sebutan loghat Kedah yang telah mencuri tumpuan.
Image via @nazifa16 (Instagram)
Member naik pening belajar loghat Kedah, bingung dengan bahasa negeri itu
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis ingin mengajar seorang rakannya untuk mempelajari loghat Kedah bersamanya.
Gadis berkenaan mengajar rakannya dengan menunjukkan barangan seperti selipar, biskut dan lain-lain untuk menyuruh rakannya itu meneka apakah sebutan barang itu yang dipanggil oleh orang Kedah.
Namun, apa yang lebih melucukan adalah rakannya itu menjawab kesemua soalan dengan salah dan menjadi bingung setelah disebut oleh gadis itu. Dia seolah-olah menjadi blur dan terdiam dengan loghat tersebut.
Lihat video penuh itu di bawah:
"Serious lah orang Kedah cakap selipar tu kasut" - Warganet
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut keliru dengan fahaman mengenai loghat negeri Kedah itu dan ada yang masih tertanya-tanya mengenai nama barangan yang disebut gadis berkenaan.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 47K views, 11K likes dan 145 comments di Instagram.
Image via @nazifa16 (Instagram)
Image via @nazifa16 (Instagram)
Image via @nazifa16 (Instagram)
Image via @nazifa16 (Instagram)
Image via @nazifa16 (Instagram)
Image via @nazifa16 (Instagram)
Pening juga nak belajar loghat Kedah ni kan. Kena ambil masa juga nak faham :P
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment