[VIDEO] Ayah Bukan Main 'Struggle' Jaga Baby Meragam, Tapi Bila Si Ibu Datang Terus Diam
Bila ayah jadi baby sitter.
Lumrah dalam kehidupan bagi mereka yang baru saja menimang cahaya mata jika anak hanya ingin duduk dengan ibu berbanding ayah
Hal ini kerana ibulah yang menjadi kawan baik anak sejak mereka dalam kandungan selama 9 bulan dan apabila lahir, susu ibulah yang menjadi minuman utama buat mereka.
Jadi tidak hairanlah kalau bayi yang masih kecil menangis apabila bapa yang mengambil alih tugas untuk menjadi pengasuh kerana mereka lebih rapat dan sentiasa inginkan ibu dekat dengan mereka.
Sama seperti apa yang terjadi kepada lelaki ini apabila videonya tular di TikTok ketika dia menjaga anaknya yang meragam di dalam kereta sementara menunggu isteri keluar menghantar barang.
Lihat video penuh itu di bawah:
Anak menangis dan meragam kena duduk dengan ayah tapi terus diam bila ibu masuk kereta
Menerusi rakaman yang dikongsikan oleh Arasyi Zubaidillah dengan kapsyen "bila ayah jadi pengasuh, ampa ingat senang ke?", dia ketika itu menjaga anaknya di dalam kereta sementara isterinya keluar sebentar menghantar barang.
Namun bayi itu tidak henti menangis dan meragam apabila dipegang ayahnya selepas tidak nampak ibu di depan mata. Mungkin juga dia tidak dapat bau ibunya kerana kebiasaannya bayi yang masih kecil hanya akan rapat dengan ibu.
Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila sebaik saja ibunya masuk semula ke dalam kereta, bayi itu terus senyap dan berhenti merengek.
Image via @arasyi_25 (TikTok)
Image via @arasyi_25 (TikTok)
"Si bapak tarik nafas panjang eh bila nampak mak dia dah balik masuk kereta, comelnya baby!" - Warganet
Perkongsian video yang dimuat naik oleh Arasyi itu berjaya mencuit hati warganet kerana ramai yang boleh relate dengan situasi tersebut terutamanya mereka yang bergelar bapa.
Bukan itu saja, ramai yang memuji kecomelan anaknya kerana pipi yang montel. Malah ramai yang sendu dan ingin berkahwin selepas melihat video itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah berjaya mendapat 396.1K tontonan, 52.4K tanda suka serta 615 perkongsian di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet:
Image via @arasyi_25 (TikTok)
Image via @arasyi_25 (TikTok)
Image via @arasyi_25 (TikTok)
Image via @arasyi_25 (TikTok)
Image via @arasyi_25 (TikTok)
Image via @arasyi_25 (TikTok)
Image via @arasyi_25 (TikTok)
Image via @arasyi_25 (TikTok)
Image via @arasyi_25 (TikTok)
Image via @arasyi_25 (TikTok)
Alahai kesian si ayah gigih nak bagi baby stop nangis, sekali nampak ibu terus elok ya. Manjanya :)
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment