[VIDEO] Azza Elite Menangis Rayu Dengan Kerajaan Minta Buat 'Full Lockdown' Seluruh Negara
Difahamkan dia mempunyai masalah anxiety yang teruk.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Umum mengetahui bilangan kes positif harian Covid-19 di negara kita yang semakin hari semakin tinggi
Tentu sekali situasi ini amat membimbangkan semua orang. Kerajaan telah pun mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, tetapi ianya tidaklah begitu ketat seperti waktu PKP 1.0 dulu.
Namun, baru-baru ini tular di Instagram pelakon dan penyanyi popular, Azza Elite memaparkan dia menangis sambil meminta pihak kerajaan agar melaksanakan lockdown buat sementara waktu.
Lihat video penuh itu di bawah:
Risau tengok kes tertinggi, merayu kerajaan buat lockdown
Menerusi video tersebut, kelihatan Azza memuat naik satu video sambil memaparkan dirinya sedang menangis. Dalam video itu dia memberitahu risau melihat kes positif harian Covid-19 yang semakin tinggi.
Disebabkan itu dia merayu agar pihak kerajaan dapat melakukan total lockdown buat sementara waktu untuk meredakan kes positif tersebut.
Menurutnya, dia juga kasihan melihat petugas kesihatan yang begitu penat kerana jumlah pesakit yang makin lama makin setiap hari.
Difahamkan juga dia mengakui mempunyai masalah anxiety yang teruk akibat terlalu risau setiap kali membaca perkembangan terkini mengenai pandemik di dalam negara.
Setakat ini kes tertinggi positif Covid-19 di negara adalah sebanyak 7,478 dengan 63 kematian akibat wabak berkenaan.
Image via Today Online
Semoga kita dan ahli keluarga dilindungi daripada wabak berbahaya ini :/
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment