seismik

[VIDEO] Gaduh Besar Dengan Awek, Lelaki Ini Sampai Tampar Diri Sendiri Banyak Kali

Nasib baik dia tak apa-apa kan perempuan tu.

Cover image via Ipeii Pepei (Facebook)

Adat dalam percintaan, kadang kala akan ada salah faham dan pergaduhan yang timbul

Sudah tentu situasi itu tidak boleh dijangka dan dikawal, sehinggakan ada sesetengah pertengkaran itu membawa kepada tangisan kerana tidak dapat mengawal kesedihan itu.

Sama seperti video yang tular di Facebook baru-baru ini apabila seorang remaja lelaki bergaduh dengan teman wanitanya mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Bertindak tampar diri sendiri selepas timbul salah faham dengan awek

Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan itu berada di kawasan lapang dan sedang membincangkan sesuatu di antara mereka.

Namun tidak lama selepas itu, lelaki berkenaan bertindak melakukan perkara yang diluar jangkaan dengan menampar dirinya beberapa kali kerana marah kepada teman wanitanya itu.

Walaupun dilihat seperti dalam drama, tetapi gadis itu turut terkejut melihat reaksi teman lelakinya itu kerana sanggup bertindak sedemikian rupa.

"Contoh lelaki yang menjaga dan tidak mencederakan wanita" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji tindakan remaja terbabit kerana walaupun sedang marah, dia tidak menyentuh teman wanitanya itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 4.8K likes, 10K comments dan 422 shares di Facebook.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook:

Biasalah bila dah bercinta kan, macam-macam akan berlaku ;)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: