[VIDEO] Baru Kenal Seminggu Terus Kahwin, Pasangan Ini Tak Kisah Beza Umur 22 Tahun
Kalau dah jodoh.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Jodoh bukanlah sesuatu perkara yang kita boleh jangkakan kerana ia sudah ditentukan oleh Tuhan
Kadangkala kita sendiri tidak sangka yang jodoh kita sebenarnya adalah orang yang kita sudah lama kenali ataupun boleh menjadi orang yang baru saja dikenali.
Kalau sudah dua-dua bersetuju untuk menamatkan zaman bujang apa salahnya bukan? Betul lah kata orang kalau jodoh tidak ke mana.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok seorang wanita berkongsi jarak umur dia dan suaminya telah menarik perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Ramai tertanya sama ada betul suami atau anak
Menerusi video tersebut, kelihatan wanita tersebut berkongsi gambar dia bersama suaminya. Difahamkan, beza jarak umur mereka adalah 22 tahun.
Wanita itu juga berkongsi tempoh perkenalan mereka hanyalah seminggu sebelum diijab kabul. Walaupun banyak persoalan dan kritikan, pasangan tersebut tidak mengambil endah dengan kritikan yang dilemparkan oleh netizen.
Lihat video lain di bawah:
"Mak cik guna skill apa? Bantu kami geng single please" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan ada yang tidak percaya itu adalah suaminya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.5M views, 73.6K likes dan 2,938 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @user132267556867 (TikTok)
Image via @user132267556867 (TikTok)
Image via @user132267556867 (TikTok)
Image via @user132267556867 (TikTok)
Image via @user132267556867 (TikTok)
Cinta itu tak mengenal jarak dan umur okay guys :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment