[VIDEO] Baru Nak Belajar Mengeja, Tak Sangka Ini Pula Yang Disebutnya Buat Ramai Ketawa
Jauh sangat bunyi tu dik.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Mengajar kanak-kanak membaca bukanlah satu perkara yang mudah
Memang memakan masa yang lama untuk mereka betul-betul fasih membaca. Hal ini memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.
Namun, kadang-kala gelagat kanak-kanak yang baru nak belajar mengeja atau membaca ini tidak terlepas untuk menghiburkan hati kita.
Seperti video di TikTok baru-baru ini berkenaan seorang lelaki yang mengajar adiknya mengeja telah mendapat tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Bunyi yang disebut lain sangat dengan apa yang diajar
Menerusi video yang dimuat naik oleh @fadlan.akbar, kelihatan seorang lelaki sedang mengajar adiknya untuk membaca sepatah perkataan.
Si adik dilihat masih terkial-kial untuk mengingati setiap huruf pada perkataan tersebut. Manakala, abangnya pula dengan sabar menyebut satu satu bunyi bagi setiap huruf itu.
Si adik kemudian pun perlahan-perlahan cuba mengikuti abangnya. Namun, apa yang melucukan adalah apabila apa yang disebut adiknya itu sangat jauh daripada perkataan sebenar.
Perkataan yang sepatutnya disebut adalah 'ijazah' namun boleh pula si adik menghasilkan bunyi 'ihhaa'.
Image via fadlan.akbar (TikTok)
Image via fadlan.akbar (TikTok)
"Tulisannya ada enam huruf bacanya jadi tiga huruf saja" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 4.4M tontonan, 570.6K tanda suka serta 15.1K komen di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur dan memberi rekasi masing-masing terhadap gelagat kanak-kanak tersebut.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via fadlan.akbar (TikTok)
Image via fadlan.akbar (TikTok)
Image via fadlan.akbar (TikTok)
Image via fadlan.akbar (TikTok)
Image via fadlan.akbar (TikTok)
Image via fadlan.akbar (TikTok)
Image via fadlan.akbar (TikTok)
Image via fadlan.akbar (TikTok)
Image via fadlan.akbar (TikTok)
Image via fadlan.akbar (TikTok)
Image via fadlan.akbar (TikTok)
Image via fadlan.akbar (TikTok)
Image via fadlan.akbar (TikTok)
'Ihhaa' pun boleh la dik. Tahan sabar juga si abang tu nak mengajarnya :'D
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment