seismik

[VIDEO] “Dia Marah Aku Ke?” - Perang Kuali Antara Dua Jiran Ini Curi Tumpuan Warganet

Amboi kuat betul bunyinya!

Cover image via @lukes_rusli (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Apabila hidup berjiran, kita tidak akan terlepas untuk menghadapi pelbagai ragam mereka

Cerita-cerita mengenai jiran bising pada waktu yang tidak sepatutnya sehingga mengganggu ketenteraman penduduk sekeliling pasti sudah tidak asing lagi bukan?

Memang banyak ragam jiran yang tidak menyenangkan hati seperti bermain mercun dan membuka lagu dengan kuat. Namun, apabila ditegur makin menjadi-jadi pula bisingnya. 

Sama seperti video di TikTok baru-baru ini berkenaan seorang lelaki berperang kuali dengan jirannya telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ketuk-ketuk kuali masa masak, tak sangka pula jiran nak 'terasa'

Menerusi video yang dimuat naik oleh @lukes_rusli, kelihatan dia sedang merakam dirinya sedang memasak sayur goreng dan sambal udang sambil mengetuk-ngetuk kuali.

Namun, apa yang mendapat tumpuan warganet adalah apabila jirannya tidak mahu kalah dan cuba menghasilkan bunyi kuali yang lebih kuat. Hal ini membuatkan dia berfikir adakah jirannya tidak berpuas hati dengannya.

"Sama la macam jiran aku. Pantang aku buat suara kuat sikit, dia lagi nak kuat dan dan la nak mengetuk la nak seret ubah itu ini" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 330.4K tontonan, 54.2K tanda suka dan 571 komen di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur dengan situasi perang kuali tersebut. Malah, ada juga warganet yang berkongsi kisah mengenai jiran mereka.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kelakar betul baca komen. Bunyinya memang kuat sampai ada yang cakap macam tarian singa :'D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: