seismik

[VIDEO] Kreativiti Pemuda Ini Jadikan Seluar Sebagai Blazer Dapat Pujian Netizen

Lepas ni ramai boleh cuba ya!

Cover image via @syafiqstonem (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pandemik Covid-19 telah mengubah pelbagai aspek dalam kehidupan seharian kita

Hal ini termasuklah institusi pendidikan dan pekerjaan tidak dapat bergerak seperti biasa. Disebabkan itu, semuanya terpaksa dijalankan secara dalam talian saja.

Pasti kita selalu mendengar cerita lucu mengenai pakaian semasa pembentangan di dalam talian bukan? Kebanyakannya mesti memakai baju kemaja dan seluar pendek.

Namun, berbeza pula dengan video di TikTok baru-baru ini apabila kreativiti seorang pemuda menggunakan seluar sebagai ganti kepada blazer telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Bijak jadikan seluar sebagai blazer untuk nampak profesional masa pembentangan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @syafiqstonem, kelihatan dia sudah bersiap sedia memakai baju kemaja dan blazer untuk menghadapi pembentangan di dalam talian.

Namun, apa yang mendapat perhatian netizen apabila rupa-rupanya dia hanya menggunakan seluar hitam yang dikepit untuk menampakkan seolah-olah dia memakai blazer.

Kemudian, dia dengan bangga meneruskan pembentangan bersama rakan sekumpulan yang juga sama-sama menggunakan taktik tersebut.

"I can't look at blazers the same way anymore" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 255.9K tontonan, 42.4K tanda suka dan 278 komen di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut memuji kreativiti pemuda tersebut menjadikan seluarnya sebagai blazer.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nice idea! Tapi nasib baik lecturer dia tak suruh berdiri dulu sebelum pembentangan :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: