seismik

[VIDEO] Gara-Gara Tak Pakai Baju Sedondon, Wanita Salah Pegang Laki Orang Ini Undang Tawa

"Boleh pula tersalah pasangan" - Netizen.

Cover image via @syafiq_cukop (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Trend memakai baju sedondon memang sangat popular terutamanya bagi pasangan suami isteri

Tambahan pula, apabila memuat naik gambar di media sosial pasti akan kelihatan sweet dan mendapat pujian ramai.

Tetapi, lain pula yang berlaku baru-baru ini apabila dua pasang suami isteri tertukar pasangan gara-gara tidak memakai baju sedondon telah mencuit hati netizen.

Lihat video penuh itu dibawah:

@syafiq_cukop fuhh dia silap laki mat nayablek nih pisang gempar bumi#bukanmaen #fyp #fyp URAAAA - .army0fdeath

Ingat suami sendiri, siap pegang tangan lagi masa ambil gambar

Menerusi video yang dimuat naik oleh @syafiq_cukop, kelihatan dua pasangan memakai baju sedondon sedang mengambil gambar bersama pengantin di atas pelamin.

Wanita di sebelah kiri sakan bergambar sambil memegang tangan lelaki yang kononnya suaminya. Namun, tidak lama kemudian barulah dia sedar sebenarnya lelaki itu bukanlah suaminya.

Apa yang lebih melucukan adalah apabila salah seorang suami di situ begitu terkejut lantas menampar dahinya. Selepas itu, mereka pun kembali kepada pangkuan pasangan masing-masing.

“Ingatkan betul la laki bini memasing…baju pula elok sedondon ye, rupanya bukan” - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mencecah sehingga 2.5M tontonan, 171.1K tanda suka dan 1001 komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat dua pasangan itu.

Tinjauan di ruangan komen telah mendapati bahawa lelaki dan wanita yang berbaju hitam merupakan adik-beradik. 

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Amboi bukan main lagi berdiri sebelah suami orang, nasib baik isterinya tak marah :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: