Kegunaan ‘Tag’ Besi Di Kunci Kereta Yang Mungkin Ramai Tak Tahu. Penting!
Pastikan simpan elok-elok okay!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Dengan jumlah wang yang telah dibelanjakan untuk pembayaran dan penyelenggaraan, adakah anda sudah cukup tahu mengenai kenderaan sendiri?
Tidak dinafikan memang pelbagai perkara perlu dititikberatkan untuk memastikan kenderaan kita berada dalam keadaan baik.
Namun, fokus pada kenderaan itu sendiri membuatkan kita lupa pada kepentingan fungsi yang ada pada aksesorinya contohnya seperti kunci kereta.
Baru-baru ini, tular seorang pengguna TikTok telah berkongsi mengenai fungsi tag besi pada kunci kereta yang sebenarnya ramai tidak tahu.
Lihat video penuh itu dibawah:
Jangan mudahkan kerja pencuri, lelaki ini beri amaran kepada pemilik kenderaan
Di dalam video tersebut, lelaki itu menyatakan apabila membeli kereta kita akan mendapat dua set kunci yang hadir bersama sekeping tag besi.
Tag besi tersebut mempunyai nombor dibelakang dan kegunaannya untuk membuat kunci pendua.
Dia telah menasihati pemilik kenderaan untuk menyimpan tag tersebut di rumah supaya tidak mendedahkan nomber itu kepada pencuri.
"Baru tahu fungsi tag besi tu, sebelum ni tertanya-tanya juga" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 1.3M tontonan, 111.7K tanda suka dan 1334 komen di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: