"Sayalah Cucu Mak Cik" - Reaksi Nenek Yang Tak Kenal Cucunya Ini Curi Tumpuan Ramai
Pakai mask terus tak kenal ya!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Datuk dan nenek merupakan insan kurniaan daripada Tuhan yang tidak boleh ditukar ganti
Seperti ibu bapa, mereka juga menyayangi kita dengan sepenuh hati dan akan menegur apabila kita melakukan kesalahan.
Bukan semua orang dapat merasai kasih sayang ini. Jadi, kita haruslah tidak lupa untuk menggembirakan kedua datuk dan nenek sementara mereka masih hidup.
Baru-baru ini, sebuah video berkenaan reaksi seorang nenek yang di usik oleh cucunya telah mendapat perhatian netizen di TikTok.
Lihat video penuh itu di bawah:
Nenek yakin cakap tak kenal bila ditanya, rupa-rupanya cucu sendiri
Menerusi video yang dikongsi oleh @nfy_hck, kelihatan seorang gadis baru sampai di hadapan rumah neneknya.
Oleh kerana neneknya tidak akan mengecam wajahnya yang memakai pelitup muka, dia pun merancang untuk mengenakan si nenek. Dia telah berlakon seolah-olah tidak mengenali neneknya dan mereka bersembang seketika.
Neneknya juga yakin menjawab bahawa dia tidak mengenali orang sedang bersembang dengannya itu. Kemudian, gadis itu pun mendedahkan identitinya dengan berkata "sayalah cucu mak cik".
Namun, apa yang melucukan adalah apabila usikan gadis itu mengundang makian yang bertubi-tubi oleh neneknya. Pada akhir video tersebut, mereka berdua dilihat sama-sama ketawa.
"Yang part dajai hang tu la yang buat nak repeat sampai tiga kali" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.4M tontonan, 281.4K tanda suka dan 4780 komen di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberi reaksi masing-masing berkenaan gelagat nenek dan cucu tersebut.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: