[VIDEO] Bawa 4 Anak Pergi Kerja, Ramai Sarankan Supaya Support Tukang Kasut Ini
Semoga rezeki lelaki ini melimpah ruah.
Membesarkan anak-anak dengan status ibu atau bapa tunggal memang mencabar
Iyalah, dialah kena mencari nafkah, dia juga kena uruskan anak-anak. Tak mudah sebenarnya nak menjalankan semua tanggungjawab itu dalam masa yang sama.
Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter yang memaparkan seorang ayah membawa anak-anaknya bekerja sekali di tepi jalan telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Anak-anak berpanasan sambil baring di tepi semasa tunggu ayah kerja
Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah keluarga sedang berada di tepi koridor di lokasi CIMB Bank, Johor Jaya.
Apa yang membuatkan ramai sebak adalah apabila kelihatan seorang ayah tunggal membawa keempat-empat anaknya pergi kerja. Anaknya itu dilihat ada yang duduk, ada yang terbaring dan ada yang dipangku.
Difahamkan, lelaki itu baru saja berpisah dengan isterinya. Lelaki tersebut bekerja sebagai tukang kasut. Dengan kegigihannya yang mencari rezeki sambil membesarkan anak-anak itu membuatkan ramai rasa sebak.
Image via @TravelJimat (Twitter)
"Lelaki diuji ketika dia ada segalanya, perempuan pula diuji bila suami tiada apa-apa. Aku doakan kau dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan bang" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 513.4K views, 4K retweets, 330 quote tweets dan 5K likes di Twitter, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib lelaki itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Image via @TravelJimat (Twitter)
Image via @TravelJimat (Twitter)
Image via @TravelJimat (Twitter)
Sebak pula tengok, semoga dipermudakan urusan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment