[VIDEO] Beri Hadiah 'Kondom' Kepada Pengantin, Sekumpulan Lelaki Ini Terima Kecaman Ramai
Aduhai, malu pula.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kebiasaannya, pengantin pasti akan mendapat hadiah daripada para tetamu semasa mereka datang ke majlis
Hadiah itu pula terpulang kepada individu masing-masing untuk memberinya. Selalunya orang akan memberi barangan dapur dan kegunaan harian betul tak?
Namun, tular sebuah video baru-baru ini memaparkan rakan-rakan pengantin berjenaka memberi hadiah kondom telah mendapat kecaman ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Cuba 'berjenaka' beri hadiah kahwin kondom
Menerusi video tersebut, kelihatan sedang berlangsungnya sebuah majlis perkahwinan.
Namun, selepas itu kelihatan rakan-rakan pengantin lelaki mula beratur dam memberikan 'hadiah' semasa di atas pelamin. Mereka seorang demi seorang mula memberikan kondom sebagai hadiah kepada pengantin itu.
Susulan tularnya video itu yang mendapat kecaman ramai, pengantin lelaki memberitahu sumber dia memohon maaf bagi pihak rakannya itu.
"Saya sebagai pengantin memohon maaf ke atas video ini. Saya pun ingin memohon maaf atas kesilapan kawan saya, tidak tahu sampai viral satu Malaysia," katanya.
"Pengantin perempuan terlalu malu. kalau aku memang dah makan maki" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengecam tindakan tersebut dan menyifatkannya jenaka yang tidak kena tempat.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1M views, 7,723 retweets dan 7,300 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Harap tak ada lagi hadiah macam ini beri pada pengantin. Masing-masing pun boleh fikir sendiri :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment