[VIDEO] Tak Sempat Cari Baju Sama Masa Sanding, Wanita Ini Tak Kisah Ramai Persoalkannya
Asalkan bahagia.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap orang yang mempunyai pasangan pasti mahukan hubungan itu kekal sampai kahwin bukan?
Ia adalah impian setiap orang. Sudah tentu, macam-macam perkara perlu dilakukan bagi membuat persiapan awal.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita berkongsi majlis kahwinnya telah menimbulkan persoalan ramai.
Lihat video itu di bawah:
Tak kisah ramai persoalkan kenapa tak pakai baju sama
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi situasi semasa majlis perkahwinannya yang hanya dihadiri ahli keluarga dan tetamu rapat.
Kelihatan, suasana tetap nampak meriah walaupun ia hanya simple. Malah, baju mereka juga tidak sedondon dan itu bukan isu buatnya dan pasangan.
Difahamkan, oleh kerana kesibukan masing-masing, mereka sehingga tidak sempat untuk mencari baju yang sedondon bersama.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Tapi cantik tengok tak ada pun terkurang sis yang penting majlis dah selesai" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan memuji majlisnya itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 445.9K views, 31.2K likes dan 226 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!