Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Berkenalan Di Tempat kerja, Wanita Terima Jodoh Lelaki Bangladesh Sebagai Suami

Semoga berbahagia.

Cover image via @nurnadhirah66 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap pasangan yang bercinta pasti mahukan hubungan mereka itu ke alam perkahwinan betul tak?

Tambahan lagi, apabila sudah bertahun lamanya berkenalan. Namun, siapalah kita untuk menentukan jodoh yang telah ditetapkan. 

Ia akan datang cuma cepat atau lambat saja. Begitulah, yang dirasakan oleh seorang wanita yang bernama Nadhirah ini apabila dia berkongsi menerima suaminya yang berasal dari Bangladesh.

Lihat video itu di bawah:

Terima lelaki Bangladesh sebagai suami

Menerusi video tersebut, kelihatan wanita berkenaan berkongsi perjalanannya ke negara suaminya iaitu di Bangladesh untuk diijabkabul.

Menurut wanita itu, dia berkenalan dengan suaminya kira-kira empat tahun lalu kerana kebetulan bekerja di tempat yang sama.

Dia berkata keserasian yang ada membuatkan hubungan mereka semakin rapat hingga timbul perasaan cinta.

Image via @nurnadhirah66 (TikTok)

Pada awal perkenalan, dia terpaksa merahsiakan hubungannya dengan suami kerana belum bersedia untuk berterus terang.

Namun, selepas setahun, barulah dia memberitahu hal sebenar kepada keluarga bagi mendapatkan restu ibu bapanya.

"Saya ke sana dengan ditemani ibu, ayah dan adik"

"Seminggu juga di sana (Bangladesh) dan bersyukur kerana majlis pernikahan berjalan lancar, malah keluarga mentua juga sambut kami dengan baik"

"Walaupun berbeza latar belakang dan budaya, tiada masalah komunikasi antara kami kerana bapa mentua dan abang ipar saya boleh bertutur dalam bahasa Melayu memandangkan pernah bekerja di Malaysia," katanya kepada sumber.

"Kalau tengok husband, memang orang tak tahu pun orang sana. Macam orang Malaysia je" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka dan mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.5M views, 50.5K views, dan 1,515 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @nurnadhirah66 (TikTok)

Image via @nurnadhirah66 (TikTok)

Image via @nurnadhirah66 (TikTok)

Image via @nurnadhirah66 (TikTok)

Tak kisahlah orang dari mana pun, yang penting bahagia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment