[VIDEO] "Cari Nahas" - Main Air Di Parit Sungai Yang Deras, Ramai Gerun Nasihatkan Bahaya
Lokasi parit sungai itu dipercayai berada di Indonesia.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Aktiviti luar seperti mandi di air sungai sudah menjadi kebiasaan orang ramai
Tambahan lagi, jika tempat itu mempunyai aliran sungai yang deras ataupun air terjun yang menyegarkan. Namun begitu, tempat-tempat sebegitu juga ada bahayanya seperti berlakunya kepala air.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sekumpulan remaja main air di parit yang bahaya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Siap bawa pelampung besar untuk main air di parit
Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan remaja sedang berada di parit yang berada di tempat yang tinggi dan bahaya.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila mereka dilihat seronok mandi air di parit yang deras itu. Mereka semua dilihat sangat teruja dengan parit itu sehingga semua menunggu giliran untuk terjun.
Dalam video tersebut juga didapati seorang wanita berada di dalam parit itu sambil tangannya memegang kepada pegangan di atasnya kerana aliran air yang sangat deras.
Lihat video sambungan penuh itu di bawah:
"Kalau jatuh tu memang ucap takziah je lah" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.7M tontonan, 120K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut merasa bahaya.
Malah, ramai yang mempertikaikan kenapa tiada orang yang menolong wanita berada di dalam parit itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @januaravelin (TikTok)
Image via @januaravelin (TikTok)
Image via @januaravelin (TikTok)
Image via @januaravelin (TikTok)
Tengok pun dah tahu bahaya, memang cari nahas! :'(
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment